Berbasikal Gaya Hidup Sihat

SHAH ALAM 30 April - Seramai 350 peserta termasuk 15 yang cacat penglihatan dari Persatuan Rekreasi Cacat Penglihatan Kuala Lumpur dan Selangor (PRSCPKL) akan menyertai program kembara berbasikal dari Desa Mentari Sunway dekat sini hingga ke Melaka pada 9 Mei 2009.

Program bertemakan 'Berbasikal Gaya Hidup Sihat' itu dianjurkan oleh Persatuan Peminat Komunikasi Radio Dua Hala Selangor (PRADAS) dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Pengurus program, Ismail Yusof berkata, 350 peserta yang menyertai program tersebut terdiri daripada ahli PRSCPKL, Persatuan Basikal Daerah Gombak Selangor, Roda Cerian Cycling, Kelab Recumbent Bike, Majlis Daerah Hulu Selangor, Kelab Basikal Meru dan Persatuan Ek-Kembara Adventure Team, Ipoh.

Beliau berkata, pengayuh cacat penglihatan yang terlibat akan menggunakan basikal tandem yang mempunyai dua pengayuh dan mereka akan dibantu oleh pasukan Belia 4B Hulu Langat.

"Kami mahu membuktikan pada masyarakat bahawa bukan sahaja orang sihat tetapi orang cacat juga boleh menyertai program ini untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Ismail, selain bertujuan membina hidup sihat, program itu juga bertujuan menggalakkan program riadah dan sukan sekali gus mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang akan dilalui seperti Port Dickson dan Kuala Linggi.

Selain itu, kata beliau, program tersebut juga diadakan untuk menyedarkan masyarakat agar tidak meminggirkan golongan cacat penglihatan daripada melakukan aktiviti berfaedah secara bersama. -Sumber Utusan Malaysia.











Janamanjung Fellowship Ride

Janamanjung Fellowship Ride

Date: 14 June 2009 (Sunday)

Flag-off time: 7.30AM

Closing date: 14 May 2009 (Thursday)

Bicycle: Roadbike or MTB slick tyre

Entrance fees: RM40

Distance: 133Km

For more informotion click here