Kayuhan Antara Gapi 2009


Kayuhan Antara Gapi 2009
Ahad 9 Ogos 2009
25 km
Untuk maklumat lanjut, clik sini

Cameron Highland lagi.....

28.06.2009- Kayuh ke cameron highland lg. Tapah-cameron highland-simpang pulai. 






Janamanjung Fellowship 2009

14.06.2009- Janamanjung Fellowship kali ini melibatkan jarak kayuhan sejauh 133km dengan disertai seramai 163 orang. Tahniah kepada semua yang berjaya menamatkan kayuhan ini. Tahniah juga kepada 2 org rakan saye iaitu Mr. Hasan & Mr. Chong kerana berjaya menamatkan kayuhan tanpa sebarang masalah. 

Pagi sebelum pelepasan. Sebahagian daripada perserta yg mengambil bahagian.

Berhenti sebentar di pekan Parit. Peserta mengambil pluang utk berehat sebelum menyambung kayuhan.


Me & Chong from Bidor.


Hasan & Chong. Tahniah sb habis kayuh walaupun ptame kali masuk acare mcm ni. Thun depan boleh masuk lagi ok.

Basikal ku sayang(092)...

Acara terakhir... Cabutan nombor bertuah. No sy antara yg bertuah. hehe. Trime kasih banyak2......

FOR SALE!!!!


Frame jump bike Gets. Tolong jualkan untuk sepupu. Jarang digunekan. Frame memang ok sangat lagi. Nak jual sebab tak digunekan. FREE FD Deore XT, BB, Seatpost Gets, Saddle Tioga & Headset. RM350 nego. Lokasi, Tapah Perak. Sebarang pertanyaan boleh dibuat di Chatbox. Tinggalkan la email or no fon kalau berminat.

Basikal untuk dijual.. Disebabkan permintaan dari banyak pihak, saya post kan la gamba basikal ni. Basikal ni sesuai untuk siape-siape yang baru nak berkayuh. Frame aluminium saiz 50 dan dicat semula LOOK. Set Shimano SORA & campur2. Stem ITM, crank Ritchey, pedal LOOK, brake cliper Campagnolo & rim cap ayam. RM1100 nego sampai jadi. Boleh runding lagi la kalau betul-betul berminat. Untuk pertanyaan, boleh la dibuat di ChatBox atau tinggalkan email/ no fon anda disitu. Saya akan hubungi anda secepat mungkin. Lokasi, TAPAH PERAK. TQ

UUM XC Race (Jamboree)


Date : 19th JULY 2009

Trail : UUM area

Distance : Est 55KM

Fees : RM50 / RM60 (Late Entry)

Category :

A) Open Race (Time Attack)
B) Jamboree
For more informotion go to http://uum-xcr.blogspot.com/


Berbasikal Gaya Hidup Sihat

SHAH ALAM 30 April - Seramai 350 peserta termasuk 15 yang cacat penglihatan dari Persatuan Rekreasi Cacat Penglihatan Kuala Lumpur dan Selangor (PRSCPKL) akan menyertai program kembara berbasikal dari Desa Mentari Sunway dekat sini hingga ke Melaka pada 9 Mei 2009.

Program bertemakan 'Berbasikal Gaya Hidup Sihat' itu dianjurkan oleh Persatuan Peminat Komunikasi Radio Dua Hala Selangor (PRADAS) dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Pengurus program, Ismail Yusof berkata, 350 peserta yang menyertai program tersebut terdiri daripada ahli PRSCPKL, Persatuan Basikal Daerah Gombak Selangor, Roda Cerian Cycling, Kelab Recumbent Bike, Majlis Daerah Hulu Selangor, Kelab Basikal Meru dan Persatuan Ek-Kembara Adventure Team, Ipoh.

Beliau berkata, pengayuh cacat penglihatan yang terlibat akan menggunakan basikal tandem yang mempunyai dua pengayuh dan mereka akan dibantu oleh pasukan Belia 4B Hulu Langat.

"Kami mahu membuktikan pada masyarakat bahawa bukan sahaja orang sihat tetapi orang cacat juga boleh menyertai program ini untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Ismail, selain bertujuan membina hidup sihat, program itu juga bertujuan menggalakkan program riadah dan sukan sekali gus mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang akan dilalui seperti Port Dickson dan Kuala Linggi.

Selain itu, kata beliau, program tersebut juga diadakan untuk menyedarkan masyarakat agar tidak meminggirkan golongan cacat penglihatan daripada melakukan aktiviti berfaedah secara bersama. -Sumber Utusan Malaysia.











Janamanjung Fellowship Ride

Janamanjung Fellowship Ride

Date: 14 June 2009 (Sunday)

Flag-off time: 7.30AM

Closing date: 14 May 2009 (Thursday)

Bicycle: Roadbike or MTB slick tyre

Entrance fees: RM40

Distance: 133Km

For more informotion click here

Jelajah Malaysia stage 7 Genting

25.4.2009- Stage yg dinanti-nantikan. Bermula di Tanjung Malim dan berakhir dengan pendakian di Genting Highland sejauh 116.2Km. Pendakin yg memeritkan ini kebiasaannya bakal menentukan penyarung jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan. Pemenang peringkat ini adalah Timothy Roe.

300m ke garisan penamat

Jai Crawford, Ghader Mizbani dan Timothy Roe.




Jelajah Malaysia 2009



Jelajah Malaysia kembali lagi pada 19-26 April ini. JM09 bakal menawarkan lapan peringkat perlumbaan berbanding tujuh tahun lalu bersama kehadiran 20 pasukan dari seluruh dunia termasuk lima pasukan dari Malaysia. JM09 akan memulakan saingan Peringkat 1 dari Kuala Selangor-Ipoh, seterusnya Ipoh-Sungai Petani, Gerik-Tanah Merah, Pasir Mas-Kuala Terengganu dan Kuala Terengganu-Kuantan. Peringkat 6 akan bermula dari Kuantan ke Bera seterusnya Tanjung Malim ke Genting Highlands sebelum ditamatkan pada Kriterium Kuala Lumpur pada 9 April membabitkan perlumbaan sejauh 1,240 kilometer. Marilah kita same-sama memberi sokongan agar dapat memeriahkan lagi acara ini.


Kayuh petang-petang

8.4.2009- Petang yg redup tapi cam nak hujan gak. Aku cadang nk kayuh sorang2 asalnye. Tapi teringat kat abg sham yg cakap die selalu kayuh dalam pukul 6. Aku pun ajak la die skali. Bosan kalau kayuh sorang2 ni. Ade kawan, baru ade semangat nak kayuh. Bertambah2 semangat tu bile tgok basikal jenama Trek abg sham. Memang cun la basikal die. Lain kali kita kayuh lagi.

Ni la laluan untuk hari ni. Jalan ni memang sesuai sangat untuk sape2 yg nk kayuh petang2 tu. Jalan Chenderiang lama. Dalam 18.7km untuk 1 pusingan. Kenderaan tak banyak. Kalau nak kayuh dengan famly tu, memang sesuai la. Cume bahaya sikit masa lalu kat jalan besar Tapah-Kampar tu. Tapi kalau tak nak lalu pun boleh. Patah balik la ikut jalan Chenderiang lame tu.


Ni la abg sham. Dapat tangkap gambar dari belakang je. Maaf ye. Susah sikit nk amik gambar depan. Nanti kalau kayuh lagi, try amik gambar dari depan lak.

Ni basikal aku untuk kayuh slow2. Basikal biase je. Tengok, kosong je. Meter pun takde. Tp sesuai la untuk kayuh petang2 tu. Nak jual pun basikal ni sebab ade 2 roadbike.  Sape2 yang nk mule2 berkayuh tu, boleh la tgok2 basikal ni. Kalau minat, boleh la beli. Boleh la bg harge murah2 sikit.. hehe

Kayuh ke Ringlet

5.4.2009- asalnye hari ni nk kayuh ke lata iskandar je. tapi aku telah dipelawa untuk kayuh trus ke Ringlet. so, kayuh jela. aku pn x kire brape org yg kayuh hari ni, tapi lebih dari 10 org la. aku dari tapah barsame2 dengan abg sham. yg lain2 dari kampar. semalam aku kayuh ke kampar, tapi hari ni dorg lak kayuh ke tapah. kire adil la kan. terime kasih kat hasan sebab turut  menyumbangkan gambar tuk kali ni. terime kasih. 

Pancit.. belum sempat mendaki, dah pancit. biase la. pancit kat mane2 pun boleh jadi

gunekn mase yg ade tuk amik gambar... hehe

RM14000... tak sangup aku nk beli.. mahal.

baru sampai kat lata iskandar

tekan lagi bang....

rahat kejap kat lata iskandar.

lepas ramai2, sampai satu2...

ni la sy..... cute x..? hehe

ni la acan@hassan from kampar.

acan, aku & abg yusop..  bnyak pengalaman abg yusof ni

ni la salah satu pemandangan yg indah sewaktu melalui jalan ke cameron highland. diharap kita dapat kekalkan kehijauan ini untuk generasi2 akan datang.

jom kayuhh...

 

stop jap.. amik gambar dlu.


basikal kesayangan ku... thanks my Motiv. jauh basikal ni bawak aku dh tau. 

berhenti beli air kat batu 19.. sempat gak amik gamba. tgok acan tu, cukup bersemangat.


Ringlet.... sampai gak.

berkumpul dlu kat salah satu kedai di Ringlet sbelum turun balik. bli air. bnyak minum kalau kayuh mendaki ni.