Jentera BARU
Selamat Datang Orang Baru
Jelajah Malaysia stage 7 Genting
25.4.2009- Stage yg dinanti-nantikan. Bermula di Tanjung Malim dan berakhir dengan pendakian di Genting Highland sejauh 116.2Km. Pendakin yg memeritkan ini kebiasaannya bakal menentukan penyarung jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan. Pemenang peringkat ini adalah Timothy Roe.
300m ke garisan penamat
Jai Crawford, Ghader Mizbani dan Timothy Roe.
Jelajah Malaysia 2009
Jelajah Malaysia kembali lagi pada 19-26 April ini. JM09 bakal menawarkan lapan peringkat perlumbaan berbanding tujuh tahun lalu bersama kehadiran 20 pasukan dari seluruh dunia termasuk lima pasukan dari Malaysia. JM09 akan memulakan saingan Peringkat 1 dari Kuala Selangor-Ipoh, seterusnya Ipoh-Sungai Petani, Gerik-Tanah Merah, Pasir Mas-Kuala Terengganu dan Kuala Terengganu-Kuantan. Peringkat 6 akan bermula dari Kuantan ke Bera seterusnya Tanjung Malim ke Genting Highlands sebelum ditamatkan pada Kriterium Kuala Lumpur pada 9 April membabitkan perlumbaan sejauh 1,240 kilometer. Marilah kita same-sama memberi sokongan agar dapat memeriahkan lagi acara ini.



