Showing posts with label Activity. Show all posts
Showing posts with label Activity. Show all posts

Kayuh bersama geng TNB Port Klang

11.03.2011- Baru2 ni geng2 Syok Kayuh telah dijemput utk join geng2 TNB Port Klang kayuh ke Jeram Kuala Selangor. Katenye dorg baru tubuh kelab basikal. Kalau tak silap, Port Klang Cycling Club. Aku pun join jela sebab dorg dah ajak. Start dari pejabat TNB Port Klang. Start kayuh pun dah lewat. Dekat pukul 7.00pm baru kayuh dan abis pukul 1.ooam. Man Sawit dari Kayuh Beb pun ade join.

Mekanik Syok Kayuh tengah tlg pam tayar



Mkn time

Misi bakar-membakar

25.12.2010- Salam semua. Misi bakar-membakar. Knape aku letak tajuk tu. Sebabnye, kayuh kali ni bermisikan bakar. Bakar semangat, bakar hati geng2 yg tak ikut, bakar kulit sebab panas, bakar lemak sebab berkayuh dan makan kerang bakar. Ha, kan semue bakar. Perjalanan sejauh 60km keseluruhannya. Start dari rumah abg khairul di Port Klang ke Pantai Remis. Enjoy....

Abg Khairul

Bro Sharil

Isi minyak dulu


Hati2 time kayuh. Besar dah papan tande dorg buat.

Bace betul-betul!!!

Abg Khairul bg penerangan pasal kerang ke..? haha

Kerang bakar. Sedap ooo mkn pas kayuh...

Kalau diikutkan hati Jas, nak je die mkn skali ngan kulit2 tu...

Sharil tekun mkn sampai tak prasan org snap gambar die

Bergambar sebelum balik

TOLONG..!! Krem.....

OffRoad Time

31.10.2010- Mase tuk offroad lak. Slalunye dalam blog ni pnuh cte pasal kayuh road je. So, rini kisah aku ngan sharil layan offroad lak. Lame gak tinggal dunie offroad ni. Trek ni dkt2 port klang je. Ni ptame kali kami ikut trek ni. Xde bukit pun. Tp penat sebab cuace yg panas dan ditambah pulak ngan angin yg kuat. Kayuh slow jela pn. Masing2 baru dalam dunie MTB ni. Jaraknye pn x la jauh sangat. Dalam 25km je. Cukup la tuk lepas gian.

Detik2 terakhir sebelum "dikotorkan"

Baru je kayuh, basikal mcm dah 2 jam offroad

Senyuman itu membuktikan trek ni agak santai. haha

Basikal ku kepenatan


Jom tengok laut

Gaye ala2 juare

Jom tengok laut versi sharil

Lentok abis

Wajah selepas offroad

Kebersihan mesti diutamakan

Result

Janamanjung Fellowship 2009

14.06.2009- Janamanjung Fellowship kali ini melibatkan jarak kayuhan sejauh 133km dengan disertai seramai 163 orang. Tahniah kepada semua yang berjaya menamatkan kayuhan ini. Tahniah juga kepada 2 org rakan saye iaitu Mr. Hasan & Mr. Chong kerana berjaya menamatkan kayuhan tanpa sebarang masalah. 

Pagi sebelum pelepasan. Sebahagian daripada perserta yg mengambil bahagian.

Berhenti sebentar di pekan Parit. Peserta mengambil pluang utk berehat sebelum menyambung kayuhan.


Me & Chong from Bidor.


Hasan & Chong. Tahniah sb habis kayuh walaupun ptame kali masuk acare mcm ni. Thun depan boleh masuk lagi ok.

Basikal ku sayang(092)...

Acara terakhir... Cabutan nombor bertuah. No sy antara yg bertuah. hehe. Trime kasih banyak2......

Berbasikal Gaya Hidup Sihat

SHAH ALAM 30 April - Seramai 350 peserta termasuk 15 yang cacat penglihatan dari Persatuan Rekreasi Cacat Penglihatan Kuala Lumpur dan Selangor (PRSCPKL) akan menyertai program kembara berbasikal dari Desa Mentari Sunway dekat sini hingga ke Melaka pada 9 Mei 2009.

Program bertemakan 'Berbasikal Gaya Hidup Sihat' itu dianjurkan oleh Persatuan Peminat Komunikasi Radio Dua Hala Selangor (PRADAS) dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Pengurus program, Ismail Yusof berkata, 350 peserta yang menyertai program tersebut terdiri daripada ahli PRSCPKL, Persatuan Basikal Daerah Gombak Selangor, Roda Cerian Cycling, Kelab Recumbent Bike, Majlis Daerah Hulu Selangor, Kelab Basikal Meru dan Persatuan Ek-Kembara Adventure Team, Ipoh.

Beliau berkata, pengayuh cacat penglihatan yang terlibat akan menggunakan basikal tandem yang mempunyai dua pengayuh dan mereka akan dibantu oleh pasukan Belia 4B Hulu Langat.

"Kami mahu membuktikan pada masyarakat bahawa bukan sahaja orang sihat tetapi orang cacat juga boleh menyertai program ini untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Ismail, selain bertujuan membina hidup sihat, program itu juga bertujuan menggalakkan program riadah dan sukan sekali gus mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang akan dilalui seperti Port Dickson dan Kuala Linggi.

Selain itu, kata beliau, program tersebut juga diadakan untuk menyedarkan masyarakat agar tidak meminggirkan golongan cacat penglihatan daripada melakukan aktiviti berfaedah secara bersama. -Sumber Utusan Malaysia.











Kayuhan Rakan Cop Seri Iskandar

Program Kayuhan Rakan Cop anjuran Ibu Pejabat Polis Perak Tengah dan Seri Iskandar Team pada 21.03.2009. Program ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk menyertai Rakan Cop. Kayuhan ini melibatkan jarak sejauh 60km dan disertai oleh kira-kira 250 orang perserta dari Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Aku & salah seorang member dari Kampar

 

Antara perserta cilik yang turut serta.

Para perserta bersiap sedia untuk dilepaskan.