Jelajah Malaysia 2009



Jelajah Malaysia kembali lagi pada 19-26 April ini. JM09 bakal menawarkan lapan peringkat perlumbaan berbanding tujuh tahun lalu bersama kehadiran 20 pasukan dari seluruh dunia termasuk lima pasukan dari Malaysia. JM09 akan memulakan saingan Peringkat 1 dari Kuala Selangor-Ipoh, seterusnya Ipoh-Sungai Petani, Gerik-Tanah Merah, Pasir Mas-Kuala Terengganu dan Kuala Terengganu-Kuantan. Peringkat 6 akan bermula dari Kuantan ke Bera seterusnya Tanjung Malim ke Genting Highlands sebelum ditamatkan pada Kriterium Kuala Lumpur pada 9 April membabitkan perlumbaan sejauh 1,240 kilometer. Marilah kita same-sama memberi sokongan agar dapat memeriahkan lagi acara ini.


No comments: